Amaran angin kencang dilanjutkan hingga Sabtu

Imej satelit JMM menunjukkan angin kencang Timur Laut di perairan Kelantan dan Terengganu.
Imej satelit JMM menunjukkan angin kencang Timur Laut di perairan Kelantan dan Terengganu.
A
A
A

KOTA BHARU – Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melanjutkan amaran angin kencang Timur Laut di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu sehingga Sabtu ini.

Amaran angin kencang kategori ketiga ini, meningkat kepada 60 kilometer sejam berbanding 40 hingga 50 kilometer sejam, dua hari lepas.

Ia menyebabkan kelajuan dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Angin kencang Timur Laut yang dijangka melanda Pantai Timur Semenanjung akan memberi kesan kepada kawasan di Tumpat, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Peringatan sama diberi kepada penduduk di perairan Pahang, apabila angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam menyebabkan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Artikel Berkaitan: