SMK Dato' Penggawa Timur terima alat pengesan gas

Dawan (tengah) menyampaikan alat pengesan gas kepada Pengetua SMK Dato' Penggawa Timur, Hasnah Yusoff hari ini.
Dawan (tengah) menyampaikan alat pengesan gas kepada Pengetua SMK Dato' Penggawa Timur, Hasnah Yusoff hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Penggawa Timur menerima alat pengesan gas daripada Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) hari ini.

Pengurus Besar Kualiti Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran, Dawan Ibrahim berkata, perhubungan pihaknya dengan sekolah tidak terhenti di sini sebaliknya diteruskan sehingga tahun hadapan melalui program MHB Go Green.

"Selain menyediakan alat pengesan gas, kami ingin memastikan sekolah mendapat manfaat yang lebih lestari dengan program kelestarian alam sekitar.

"Kita mahu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang cara menyelesaikan isu berkaitan alam sekitar dan menjadi 'positive change maker' serta contoh dalam mengamalkan 'green initiative'," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian 'MHB Go Green' dan Penyerahan Alat Pengesan Gas di SMK Dato' Penggawa Timur di sini hari ini.

Menurutnya, idea program itu tercetus susulan meletusnya isu pencemaran udara yang berlaku awal tahun ini hingga memberi kesan kepada ribuan penduduk di sekitar Pasir Gudang.

"Susulan kejadian itu, kami diarahkan sertai program sekolah angkat dan kami diberikan sekolah ini cuma kami tidak mahu sekadar beri alat untuk ukur gas sahaja.

"Kami telah rancang aktiviti mampan yang memberi fokus kepada udara, aid dan pengurusan sisa bersama rakan-rakan strategik kami untuk setahun ini di mana program akan berjalan dua kali sebulan," katanya.

Malah katanya, pihaknya turut mengadakan pertandingan dengan tawaran hadiah menarik berkaitan alam sekitar yang melibatkan ahli keluarga dan pelajar.

Artikel Berkaitan:

Pihaknya berharap pada akhirnya nanti, peserta yang terlibat dam program itu nanti memahami serta sedar tanggungjawab mengurus alam sekitar dalam komuniti masing-masing.

"Pengetahuan dan perubahan tingkah laku atau minda peserta perlu diteruskan untuk memberi pengaruh yang positif terhadap sahabat, komuniti dan ahli keluarga," katanya.