X

Kindly register in order to view this article
!

Pas pun tak harapkan kontrak kerajaan

Mohd Amar Abdullah ketika ditemui media di Kompleks Kota Darul Naim.
A
A

KOTA BHARU – Parti lain sepatutnya malu dengan Pas kerana mereka terlalu mengharapkan kontrak kerajaan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas mampu bergerak sendiri tanpa bergantung kepada projek kerajaan sejak puluhan tahun lalu.

“Parti lain patut mencontohi Pas, sebab mampu membiayai gerak kerja politik tanpa kebergantungan pada kerajaan.

“Pas mengumpul dana menerusi derma daripada pemimpin, ahli Pas dan ahli perniagaan,” katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 oleh Menteri Besar di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Menurutnya, ia juga termasuk pinjaman wang deposit yang mana ia dipulangkan semula selepas pilihan raya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mahu kontrak kerajaan disalurkan kepada ketua bahagian parti itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!