Banjir kilat: DBKL kaji keperluan naik taraf sistem saliran

Laporan berkaitan banjir kilat yang melanda ibu negara semalam.
Laporan berkaitan banjir kilat yang melanda ibu negara semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mengkaji keperluan naik taraf sistem saliran bagi menyelesaikan isu banjir kilat disebabkan hujan lebat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, langkah awal perlu dilakukan dengan mengenal pasti lokasi hotspot banjir kilat sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, pembinaan kolam tadahan antara langkah cadangan yang sedang dalam penelitian bagi menyelesaikan isu banjir kilat di Kuala Lumpur.

"Terdapat sistem saliran tidak dapat menampung kapasiti air berlebihan. Ia hanya boleh tampung hujan biasa tapi apabila hujan lebat ditambah dengan aliran dari bukit dan tanah tinggi menyebabkan keadaan tidak terkawal.

"DBKL perlu menyediakan sistem saliran yang mampu menampung kapasiti air dengan menukar reka bentuk bersesuaian sebagai kaedah penyelesaian. Hujan lebat semalam (Selasa) adalah di luar jangkaan dengan lebih daripada 100mm," katanya pada Majlis Penyerahan Perumahan Bandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu banjir kilat semalam menyebabkan beberapa kawasan terjejas termasuk Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Halim serta Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran susur ke Parlimen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Kuala Lumpur

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, satu pertemuan melibatkan jabatan terlibat dengan jawatankuasa khas banjir kilat akan diadakan bagi mendapatkan laporan penuh lokasi banjir terlibat.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan banjir di sesuatu kawasan tidak sama, ada air surut cepat seperti di Lebuhraya Sultan Iskandar kurang 11 minit, di Segambut pula terjejas dalam masa setengah jam sahaja.

"Kaedah pampasan dan ganti rugi akan dilihat mengikut situasi. Jika ia disebabkan daripada pihak pemaju maka mereka yang perlu bertanggungjawab kepada mangsa," katanya.

Khalid menjawab soalan media berhubung tindakan DBKL mengatasi banjir kilat di ibu kota ketika ditemui dalam majlis penyerahan Perumahan Bandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.
Khalid menjawab soalan media berhubung tindakan DBKL mengatasi banjir kilat di ibu kota ketika ditemui dalam majlis penyerahan Perumahan Bandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.