Pilih juruterbang, Farah Nabilah akhiri zaman bujang 20 Disember

Farah Nabilah bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember ini.
Farah Nabilah bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember ini.
A
A
A

PELAKON Farah Nabilah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 28, pada 20 Disember depan.

Menurut Farah, 27, majlis resepsi akan diadakan tiga kali iaitu pada 21 Disember oleh pihaknya, diikuti majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki pada 28 Disember manakala satu lagi majlis sebelah Farah pada 5 Januari 2020.

"Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana merahsiakan perhubungan kami daripada pihak umum. Ini kerana ibu bapa saya tidak mahu saya terlalu menghebahkan kerana perkara yang masih belum pasti.

"Bila dah masuk fasa lebih serius seperti ini barulah saya maklumkan kepada umum," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman majlis perkahwinannya yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur hari ini.

Berkawan sejak tujuh tahun lalu, Farah berkata, mereka mula diperkenalkan oleh Izara Aishah, namun hanya selepas dua tahun mereka berkawan.

"Pada mulanya saya jual mahal tetapi dia tidak berputus asa dan akhirnya dapat menambat hati saya. Bagi saya apa yang penting dia berjaya menambat hati ibu bapa saya," ujarnya.

Majlis hari bahagia pasangan itu akan diadakan di sekitar Lembah Klang dan akan dimaklumkan lanjut oleh Farah selepas ini.

Artikel Berkaitan: