'Popeye' terkulai di gelanggang MMA

Tereshin yang mendapat jolokan Popeye tewas kepada lawan berusia 20 tahun lebih tua daripadanya.
Tereshin yang mendapat jolokan Popeye tewas kepada lawan berusia 20 tahun lebih tua daripadanya.
A
A
A

MOSCOW - Seorang lelaki di Rusia yang mendapat gelaran Popeye kerana memiliki fizikal 'sado' persis watak kartun klasik itu tewas dalam pertarungan seni bela diri campuran (MMA) baru-baru ini.

Lebih memalukan, Kirill Tereshin tumbang kepada lawan berusia 20 tahun lebih tua daripadanya.

Bekas tentera berusia 23 tahun itu terkulai seawal pusingan pertama dalam pertarungan di sebuah gim di bandar Abakan.

Lawan Tereshin adalah Oleg Mongol, 43, yang merupakan seorang blogger dan pelakon sambilan.

Awal tahun ini, Tereshin gagal dalam percubaannya menempa nama dalam Pertandingan Menampar Muka apabila diberi pukulan 'KO' oleh juara Rusia, Vasilly Kamostskiy.

Tereshin mendapat perhatian media antarabangsa sejak dua tahun lalu kerana sanggup menyuntik bahan berbahaya 'synthol' pada lengannya semata-mata mahu mendapatkan bisep idaman.

Akibat suntikan itu, setiap lengannya kini membesar sehingga 61 sentimeter.

Synthol adalah sejenis minyak dan menurut doktor, cecair itu boleh menyebabkan kerosakan saraf, strok, bengkak atau ulser dalam otot.

Artikel Berkaitan:

Pemuda itu sebelum ini mengaku telah berhenti menyuntik synthol pada lengannya selepas mula mengalami kesan-kesan buruk. - Agensi