Majistret direman kes terima rasuah

Suspek diiringi pegawai SPRM keluar dari lokap mahkamah selepas perintah reman dikeluarkan.
Suspek diiringi pegawai SPRM keluar dari lokap mahkamah selepas perintah reman dikeluarkan.
A
A
A

KUANTAN - Seorang majistret ditahan reman selama lima hari untuk siasatan berkait kes menerima rasuah daripada seorang tertuduh sebagai balasan tidak dikenakan hukuman penjara bagi kesalahan menyeludup rokok.

Suspek berusia 38 tahun yang bertugas di sebuah mahkamah di negeri ini ditahan semalam dan dibawa ke mahkamah Kuantan pada jam 11.20 pagi tadi untuk perintah reman.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman bermula hari ini hingga 27 Oktober depan.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan suspek dan proses reman disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan hari ini.

Artikel Berkaitan: