Wanita terkejut lelaki tunjuk kemaluan

Sebuah laman Facebook yang memuat naik status, gambar dan salinan laporan polis berhubung kejadian tersebut. Gambar kanan: Kereta yang dipercayai dinaiki lelaki terbabit.
Sebuah laman Facebook yang memuat naik status, gambar dan salinan laporan polis berhubung kejadian tersebut. Gambar kanan: Kereta yang dipercayai dinaiki lelaki terbabit.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang wanita yang sedang berjoging dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki dalam sebuah kereta menunjukkan kemaluannya dalam kejadian di Bukit Melawati di sini semalam.

Kejadian jam 7.42 pagi itu berlaku ketika mangsa dihampiri kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya.

Kejadian itu tular di media sosial selepas sebuah laman Facebook memuat naik status dan gambar serta salinan laporan polis.

Wanita berusia 29 tahun itu mendakwa, selepas melakukan perbuatan jelik itu lelaki berkenaan terus beredar dari lokasi tersebut.

"Dalam keadaan panik saya lupa mengecam nombor pendaftaran kereta terbabit namun sempat merakam video kenderaan tersebut," katanya.

Menurutnya, bimbang sesuatu tidak diingini dan keselamatan pengunjung lain, dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Selangor.

"Kepada sesiapa yang pernah melihat kereta ini diharap dapat membantu mengesan lelaki tersebut," katanya menerusi perkongsian yang tular di Facebook.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada polis berhubung kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan: