4 maut, 1 parah kereta rempuh bas

Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabas dan merempuh bas pagi tadi. - Foto Bomba Johor
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabas dan merempuh bas pagi tadi. - Foto Bomba Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat lelaki maut, manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas di Jalan Abu Bakar berhampiran Muzium Diraja Abu Bakar pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kereta dinaiki keempat-empat mangsa menghala ke Danga Bay terbabas sebelum merempuh sebuah bas awam dari arah bertentangan.

Mangsa yang maut, Liew Hong Jun, 18; Danny Law Yen Pin, 18; Ng Qi En,18 dan Kenny Law Chin Shyuan, 16, sementara seorang lagi mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rafie Sareng berkata, mangsa yang cedera parah telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

"Akibat kemalangan itu, dua mangsa tercampak keluar manakala dua lagi mangsa masih berada di dalam kenderaan. Kesemuanya disahkan maut oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua penumpang dan pemandu bas selamat dipindahkan ke bas lain.

Artikel Berkaitan: