Wajah tampan peguam Rita Rudaini curi perhatian netizen

Ketampanan wajah peguam Mohd Syakirin (kiri) berjaya mencuri perhatian netizen.
Ketampanan wajah peguam Mohd Syakirin (kiri) berjaya mencuri perhatian netizen.
A
A
A

KETAMPANAN wajah peguam kepada pelakon Rita Rudaini berjaya mencuri perhatian netizen.

Ia susulan satu sidang media dianjurkan oleh Rita Rudaini berhubung laporan polis terhadap individu biadab yang meninggalkan komen berunsur fitnah dan mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya semalam.

Pada sidang media itu beliau hadir bersama peguamnya, Mohd Syakirin Syazwan.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, peguam itu menjadi bualan netizen di ruang komen di media sosial di Facebook apabila teruja dan 'cair' dengan ketampanan wajahnya.

Dalam mendengar luahan Rita Rudaini pada sidang media yang dibuat secara langsung (live) di media sosial, mata netizen juga meleret dan terpaku ke arah wajah peguam tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan peguam itu sudah berkahwin ataupun tidak.

No Image Caption

"Segak naa loyer hang," tulis Sen Rahamat.

Artikel Berkaitan:

"Lawyer pun helokkk selalu jumpa lawyer yang perut buncit, kepala botak," seloroh Nur Azriniess Diknie.

Bukan itu sahaja, memenuhi ruang komen, Noorizan Shamsha menyamakan peguam itu sama seperti pelakon dalam filem Superman.

Semalam Rita Rudaini membuat laporan polis terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah mengenai taraf anaknya.

Dalam pada itu Mohd Syakirin memberi tempoh selama 14 hari kepada individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jika gagal berbuat demikian tindakan undang-undang akan diambil.