Boleh terbang atau tidak, rakyat tetap tak suka

No Image Caption
A
A
A

LEBIH kurang dua bulan lagi kita akan menyambut kedatangan tahun 2020. Mengikut perancangan Wawasan 2020, negara kita pernah ingin menjadi sebuah negara maju pada tahun itu.

Jadi cuma tinggal dua bulan sahaja lagi, sudahkah kita menjadi negara maju? Lihatlah sekeliling kita dan fikir-fikirlah.

Tahun 2020 akan tetap datang, namun wawasan kita bagaikan mimpi di siang hari. Apa tidaknya, ramai rakyat masih menganggur dan tidak kurang juga hidup kais pagi makan pagi, kain petang makan petang.

Sedang taraf hidup rakyat tidak tercapai seperti negara-negara maju yang lain, kerajaan masih ada hati lagi mahu buat projek yang bukan-bukan. Contoh yang paling jelas, kereta terbang.

Merak Jalanan terfikir kita sebenarnya belum mampu lagi buat kereta elektrik tapi sudah ada cita-cita mahu buat kereta terbang. Apa logiknya buat kereta terbang yang cuba boleh dinaiki seorang dua!Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengulas projek ini.

Katanya, bila siap nanti, kena ada pula polis trafik terbang sekali untuk mengawal laluan udara. Kata-katanya penuh sinis dan meninggalkan persoalan apakah projek kereta terbang ini mahu diteruskan atau tidak?

Daripada membelanjakan duit untuk melakukan projek-projek tidak relevan seperti kereta terbang itu, lebih baiknya kerajaan menumpukan perhatian bagaimana menyelesaikan pelbagai masalah yang masih menghantui rakyat.

Negara mengalami banyak kerugian akibat pelbagai projek mega yang tidak menguntungkan semasa pemerintahan kerajaan terdahulu. Apakah kerajaan baharu tidak ambil pengajaran daripada itu?

Artikel Berkaitan:

Semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional, ada kapal selam yang dibeli tetapi gagal menyelam.

Jangan pula bila siap reka kapal terbang tetapi tidak boleh terbang. Tidak kiralah, sama ada boleh terbang atau tidak, projek itu sememangnya tidak disokong rakyat kerana tidak membawa manfaat kepada mereka.