Bayi selamat dilahirkan semasa puting beliung melanda

Perkara itu dikongsikan Facebook Pusat kelahiran 'Bump Birthing', yang mengalu-alukan bayi yang baru lahir di bilik dobi mereka Ahad lalu.- FOTO:FACEBOOK THE BUMP BIRTHING
A
A

ROWLETT - Seorang bayi selamat dilahirkan di Amerika Syarikat ketika angin puting beliung (tornado) melanda dengan hanya ditemani lilin dan bunyi siren di bilik dobi sebuah pusat kelahiran.

Perkara itu dikongsikan Facebook Pusat kelahiran 'Bump Birthing', yang mengalu-alukan bayi yang baru lahir di bilik dobi mereka Ahad lalu.

"Seorang bayi perempuan yang lahir di bilik dobi dengan siren angin puting beliung, puting beliung tidak sampai satu kilometer jauhnya, dan tiada bekalan elektrik... Hanya dengan cahaya lilin," tulisnya.

Seorang bayi selamat dilahirkan di Amerika Syarikat ketika angin puting beliung (Tornado) melanda dengan hanya ditemani lilin dan bunyi siren di bilik dobi sebuah pusat kelahiran.- FOTO:FACEBOOK THE BUMP BIRTHING
Seorang bayi selamat dilahirkan di Amerika Syarikat ketika angin puting beliung (Tornado) melanda dengan hanya ditemani lilin dan bunyi siren di bilik dobi sebuah pusat kelahiran.- FOTO:FACEBOOK THE BUMP BIRTHING

Sementara itu, ibu bayi tersebut Mech Metiege tidak menunggu lama selepas ada tanda - tanda melahirkan selepas mengandung 41 minggu anak sulungnya itu.

Dia dan suaminya pergi ke pusat tersebut meskipun keadaan ribut dan angin puting beliung melanda kawasan tersebut dan bekalan elektrik terputus.

Bayi comel yang selamat dilahorkan semasa Tornodo melanda. - FOTO:AGENSI
Bayi comel yang selamat dilahorkan semasa Tornodo melanda. - FOTO:AGENSI

"Saya ke sana hanya mahu melahirkan bayi saya, jadi saya tidak memikirkan Tornado (puting beliung) ataupun apa-apa," katanya yang turut dibantu pekerja pusat kelahiran melalui proses itu.

Kedua-dua ibu dan anak perempuannya sihat dan gembira kerana angin puting beliung sudah reda. - Agensi