Dua kampung di Gelang Patah dinaiki air

Pasukan bomba memindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir di Gelang Patah, hari ini. -Foto Bomba Johor
Pasukan bomba memindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir di Gelang Patah, hari ini. -Foto Bomba Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hujan lebat yang melanda negeri ini sejak pagi tadi mengakibatkan dua kampung di Gelang Patah dan Jalan Lurah 19, Kempas dinaiki air petang tadi.

Menurut satu kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Kampung Pulai dan Kampung Ulu Pulai di Gelang Patah dinaiki air setinggi lima meter kira-kira jam 1.20 petang.

"Akibat hujan lebat, berlaku banjir di kawasan Kampung Pulai dan Kampung Ulu Pulai berketinggian lima kaki akibat hujan lebat.

"Pasukan bomba dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, Rela dan penduduk kampung menjalankan operasi pemindahan mangsa," katanya.

Keadaan rumah penduduk dinaiki air.
Keadaan rumah penduduk dinaiki air.

Sekitar jam 10 malam ini, banjir belum surut dan hujan masih belum berhenti.

Sementara itu, banjir di Jalan Lurah 19 di Kempas yang berlaku kira-kira jam 12.28 tengah hari tadi mengakibatkan tiga buah rumah dan dua buah kereta ditenggelami air.

Difahamkan terdapat tiga mangsa yang terselamat iaitu seorang lelaki dan dua wanita dalam banjir setinggi tiga kaki itu.

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 7 malam tadi, seramai 75 mangsa dipindahkan ke dua pusat penempatan sementara iaitu 25 orang di Masjid Kampung Ulu Pulai dan 60 orang di Sekolah Kebangsaan Kampung Pulai.