Penduduk Sungai Petani bimbang langit gelap

Foto Mohd Ashwan tular di media sosial.
Foto Mohd Ashwan tular di media sosial.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa buah negeri termasuk, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan sehingga 9 malam ini.

Fenomena tersebut berlaku disebabkan perubahan angin monsun yang sering melanda Malaysia setiap penghujung tahun.

Menerusi Facebook penduduk Sungai Petani, seorang pelayar Facebook telah memuat naik gambar keadaan langit hitam di kawasan tersebut hingga tular di media sosial.

Mohd Ashwan dalam hantarannya berkata, "Gelapnya langit hari ini, baru 15 minit tangkap di lokasi jalan keluar Tesco."

Hantaran itu mendapat reaksi dari netizen yang berasa gerun dan berharap agar tiada bencana alam yang serius melanda kawasan tersebut meskipun Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan keadaan angin kencang sehingga 50kmsj akan berlaku.

Netizen, Syaripahh Cekpah berkata, "Subhanallah, harap ALLAH bagi keselamatan kepada kita"

Ujar Robayah Abdullah, "Ya ALLAH gelapnya langit, moga dilindungi"

Terdahulu pada 20 Oktober, penduduk Kampung Pida empat, Ayer Itam, Jerlun 'dikejutkan' dengan puting beliung yang dikatakan berlaku semasa ribut melanda negeri berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Penduduk sekitar turut melaungkan azan sambil melihat puting beliung sedang berlaku di kawasan kampung mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk laung azan lepas lihat puting beliung