RM5.1 bilion bayar hutang 1MDB, SRC untuk dua tahun: Guan Eng

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.7 bilion bagi melunaskan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International pada tahun depan manakala untuk tahun ini kerajaan membelanjakan RM2.4 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata, untuk baki tahun ini, masih terdapat dua bayaran yang perlu dibuat oleh 1MDB iaitu bayaran faedah bon 1MDB Energy Ltd. (1MEL) sebanyak AS$52.4 juta (kira-kira RM219.2 juta) yang akan dibayar pada 11 November ini.

Menurutnya, satu lagi bayaran adalah bagi faedah sukuk Nota Sederhana Islamik berjumlah RM143.75 juta yang akan dibayar pada 29 November ini.

"Hutang dan liabiliti 1MDB (termasuk faedah) pada masa ini adalah sebanyak RM51 bilion termasuk RM8.93 bilion yang telah dibayar oleh Kementerian Kewangan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

"Pada 18 Oktober lalu, 1MDB telah membuat pembayaran faedah sebanyak AS$50,312,500 bagi melunaskan bayaran faedah bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd (1MELL) dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang telah berjaya dikembalikan bernilai kira-kira RM1.45 bilion setakat ini.

"Bon yang bernilai AS$1.75 bilion itu diterbitkan pada 19 Oktober 2012 dan akan matang pada 18 Oktober 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kerajaan tetap komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran kleptokrasi terdahulu.

Ujarnya, walaupun menanggung beban hutang yang berat, Kerajaan Persekutuan masih mampu menunaikan amanah menjalankan pembangunan dan kebajikan rakyat

Artikel Berkaitan:

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar apabila menyatakan adalah suatu keajaiban Malaysia tidak jatuh bankrap akibat kerosakan yang dilakukan rejim kleptokratik terdahulu, yang menjadikan tabung negara sebagai milik peribadi. Bahkan seperti yang beliau katakan, kerosakan tersebut bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi juga keinstitusian.

“Dr Mahathir berkata bahawa salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik itu ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara kerana ia perlukan banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah, 'Apa yang kami temui adalah jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya'.

“Kesan daripada kejadian-kejadian tersebut, sebanyak RM5.1 bilion akan digunakan untuk melunaskan hutang 1MDB dan SRC untuk dua tahun ini sahaja pada 2019 dan 2020, wang “

'rompakan' yang sepatutnya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat,”.