Tokan dadah tak serik

Zulkifli (tengah) menunjukkan gambar rampasan dadah dalam serbuan itu ketika sidang akhbar di IPK Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.
Zulkifli (tengah) menunjukkan gambar rampasan dadah dalam serbuan itu ketika sidang akhbar di IPK Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang tokan dadah tidak serik melakukan kegiatan itu apabila ditahan polis sekali lagi selepas baharu tiga bulan dibebaskan dari penjara.

Bapa dua anak itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan di kawasan Masjid Tanah, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superitendan Zulkiflee Rashid berkata, lelaki berusia awal 30-an itu ditahan bersama sejumlah dadah disyaki heroin, syabu dan eramin 5 dalam sebuah kereta jenis Honda Odyssey yang kesemua nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM80,000.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis menemukan pelbagai jenis dadah di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan iaitu sebanyak 835 gram dadah disyaki heroin, 31.3 gram dadah disyaki syabu dan 20 biji dadah disyaki eramin 5.

"Suspek warga tempatan itu ditahan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Masjid Tanah, jam 9.50 malam pada 17 Oktober lalu.

"Menerusi risikan yang dilakukan sejak sebulan lalu suspek dipercayai mahu mengedarkan pelbagai jenis, dadah kepada 'balaci-balaci' sekitar daerah itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Melaka, di Bukit Beruang di sini hari ini.

Dadah pelbagai jenis yang dirampas.
Dadah pelbagai jenis yang dirampas.

Hadir sama, Timbalan Ketua JSJN negeri, Deputi Superitendan Mohd Akmal Abdullah dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Huzaimi Mat Taib.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Zulkiflee berkata, JSJN negeri turut melancarkan pelbagai operasi iaitu Ops Ice Breaker (OIB), Ops Blue Devil (OBD), Ops Wanted Narkotik (OWN) dan Ops Junk Devil (OJD) di seluruh negeri ini bermula 28 Julai lalu hingga kelmarin.

Menurutnya, sepanjang operasi OIB bermula 28 Julai hingga 4 Ogos lalu, seramai 190 orang ditangkap bagi pelbagai seksyen kesalahan di bawah ADB 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Malah katanya, sebanyak 103 pemeriksaan tempat kediaman dalam Ops OWN di mana sebanyak 62 tangkapan setakat ini selain 44 orang telah diperiksa dan seorang didapati melanggar syarat sekatan bagi, OJD.

"Bagi tangkapan OBD, seramai 11 anggota polis anggota pangkat rendah ditahan termasuk sembilan daripadanya positif dadah, di mana mereka disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

"Operasi yang dijalankan 18 Ogos lalu masih diteruskan hingga kini," katanya.