Naruhito ditabal Maharaja Jepun

Maharaja Naruhito ditabalkan secara rasmi sebagai Maharaja Jepun hari ini. - Foto AFP
Maharaja Naruhito ditabalkan secara rasmi sebagai Maharaja Jepun hari ini. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Maharaja Naruhito secara rasmi ditabalkan sebagai Maharaja Jepun ke-126 dalam Upacara Pertabalan yang dihadiri lebih 180 ketua negara dari seluruh dunia hari ini.

Pada Mei lalu, Maharaja Naruhito, 59, ditabalkan sebagai Maharaja dalam satu upacara ringkas penuh tradisi dan majlis rasmi pertabalannya di adakan di Istana Diraja bagi mengumumkan perubahan statusnya kepada dunia.

"Beta bersumpah akan bertindak mengikut Perlembagaan dan memenuhi tanggungjawab beta sebagai simbol negara dan perpaduan rakyat.

"Beta sangat berharap agar Jepun akan terus maju dan menyumbang kepada persahabatan serta keamanan masyarakat antarabangsa selain menyumbang kepada kebajikan dan kemakmuran sejagat," titahnya.

Maharaja Naruhito yang dilahirkan selepas Perang Dunia Kedua bersetuju menaiki takhta selepas bapanya Maharaja Akihito, 85, melepaskan kedudukan tertinggi dalam hierarki pemerintahan negara itu atas faktor kesihatan.

Upacara Pertabalan Maharaja Naruhito telah lama dirancang namun ia tergendala susulan Taufan Hagibis yang membadai negara itu dan meragut sekurang-kurangnya 80 nyawa.

Perarakan awam turut ditangguhkan sehingga bulan depan bagi membolehkan kerajaan menumpukan perhatiannya kepada membaik pulih kerosakan. - Agensi

Artikel Berkaitan: