TikTok padam akaun muat naik video propaganda Daesh

Tik Tok dilaporkan memadam beberapa akaun yang memuat naik video propaganda untuk militan Daesh.
Tik Tok dilaporkan memadam beberapa akaun yang memuat naik video propaganda untuk militan Daesh.
A
A
A

BEIJING - Aplikasi media sosial, Tik Tok dilaporkan memadam beberapa akaun yang memuat naik video propaganda untuk militan Daesh.

Seorang pekerja Tik Tok memberitahu AFP, kira-kira 10 akaun dipadam gara-gara memuat naik video berkenaan.

"Hanya salah satu video terbabit mendapat jumlah tontonan digit berganda sebelum dipadamkan," kata seorang pekerja Tik Tok yang enggan dikenali.

Menurut Wall Street Journal yang melaporkan berita tersebut Isnin lalu, video berkenaan memaparkan mayat diarak di jalanan dan anggota Daesh lengkap bersenjata.

Laporan turut menyebut, kandungan tersebut dimuat puluhan akaun yang telah dikenal pasti oleh syarikat perisikan media sosial, Storyful.

"Kandungan yang mempromosi organisasi keganasan tidak mempunyai tempat di TikTok.

"Kami mengharamkan akaun sedemikian secepat mungkin setelah ia dikenal pasti dan kami terus membina kawalan ketat bagi mengesan aktiviti yang mencurigakan," kata syarikat terbabit menerusi emel kepada AFP.

TikTok, yang dimiliki syarikat China, ByteDance, meraih kira-kira 500 juta pengguna seluruh dunia tahun lalu, menjadikannya salah satu aplikasi sosial paling popular.

Artikel Berkaitan:

Platform yang membenarkan pengguna menghasilkan dan berkongsi video berdurasi 15 saat itu bagaimanapun sering dilanda kontroversi.

April lalu, TikTok diharamkan buat sementara oleh mahkamah di India berikutan dakwaan ia mempromosi pornografi dalam kalangan kanak-kanak.

Namun Tik Tok menyangkal tuduhan berkenaan dan mendakwa pihaknya mematuhi undang-undang privasi tempatan. - AFP