Laluan keselamatan perlu dibangunkan, kata MB Perlis

Azlan
Azlan
A
A
A

KANGAR - Laluan keselamatan bersebelahan sempadan Malaysia-Thailand yang menghubungkan Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam di Kedah perlu dibangunkan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, ia bertujuan untuk mengelak laluan berkenaan terus menjadi sasaran aktiviti penyeludupan.

Menurutnya, laluan sepanjang 26.2 kilometer itu hanya digunakan untuk rondaan keselamatan secara berkala.

"Saya cadangkan jalan tersebut dibangunkan dari segi kelebaran yang lain supaya ia dapat digunakan oleh kenderaan komersial dan juga orang awam.

"Sekarang jalan berkenaan hanya digunakan oleh pihak keselamatan dan sekiranya ia dibenarkan untuk komoditi perdagangan, mungkin ia akan menjadi laluan yang sibuk dan dapat mengelak berlakunya penyeludupan," katanya.

Azlan berkata, beliau telah berbincang dengan agensi berkenaan untuk menyelaraskan peranan agensi yang terlibat supaya jalan tersebut dapat digunakan secara bersama.

Artikel Berkaitan: