Mansuh sains, sastera: KSKM bimbang nasib 11,000 pembantu makmal

Ashaari bersama ahli KSKM selepas selesai sidang akhbar di sini semalam.
Ashaari bersama ahli KSKM selepas selesai sidang akhbar di sini semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia (KSKM) melahirkan kebimbangan terhadap cadangan Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan aliran sastera dan sains tingkatan empat mulai 2020.

Presidennya, Ashaari Maarof berkata, ketika ini, terdapat 11,000 orang pembantu makmal yang bertugas di sekolah menengah harian dan asrama seluruh Malaysia, sekolah agama di bawah Kementerian Pendidikan, kolej matrikulasi termasuk institut pendidikan guru.

"Walaupun ianya belum dimuktamadkan lagi tetapi ianya perlu mengambil kira subjek itu sendiri jika pelajar melangkah ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun swasta selepas tamat persekolahan.

"Paling penting ialah apa akan berlaku terhadap perjawatan pembantu makmal dan operasi makmal sains itu sendiri," katanya.

Katanya, pihaknya juga berhasrat bertemu dengan Kementerian Pendidikan bagi mengemukakan pendapat KSKM dan diharap ianya turut diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat mengenainya.

"Kami berharap Kementerian dapat melihat semula supaya tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan urusan sepertimana di uar-uarkan selain melihat perkara ini secara komprehensif supaya mereka yang terlibat di bawah Kementerian tidak akan rasa terjejas," katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kementeriannya belum memutuskan pelaksanaan pemansuhan aliran sastera dan sains mulai tahun hadapan.

Ia juga masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu dan ia hanya satu perkara yang dibincangkan dalam ucapannya di Jerman 14 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: