Pinggan mangkuk pun terbang

Abdul Rahman memasang tabir menggunakan kanopi untuk mengelakkan angin daripada menerbangkan pinggan mangkuk di gerainya.
Abdul Rahman memasang tabir menggunakan kanopi untuk mengelakkan angin daripada menerbangkan pinggan mangkuk di gerainya.
A
A
A

TUMPAT - Angin kencang dipercayai tempias ribut siklon tropika yang bermula semalam tidak menghalang peniaga beroperasi seperti biasa namun dilihat menggunakan kanopi untuk melindungi gerai.

Peniaga di Pantai Geting, Abdul Rahman Ghazali, 55, berkata, dia memasang tabir menggunakan kain kanopi kalis air agar gerainya terlindung daripada angin kencang.

“Pinggan mangkuk habis diterbangkan angin. Saya ikat kain kanopi pada pokok sebagai pengadang angin. Dengan cara ini pinggan mangkuk saya tidak berterbangan dan dapat mengelakkan tempias hujan,” katanya.

Pengunjung menghampiri Pantai Geting untuk merakamkan fenomena ombak besar.
Pengunjung menghampiri Pantai Geting untuk merakamkan fenomena ombak besar.

Tinjauan Sinar Harian di Pantai Geting sunyi hanya sebuah gerai beroperasi manakala 9 lagi tutup.

Kios kecil di hadapan taman permainan kanak-kanak di pantai Geting juga ditutup.

Masih ada segelintir pengunjung menghampiri pantai namun sekadar untuk merakamkan fenomena ombak besar.

Artikel Berkaitan: