KPDNHEP kementerian pertama lancar pelan anti rasuah

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjadi kementerian pertama yang melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP KPDNHEP) 2019-2023.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelan tersebut selaras dengan Pelan Anti Rasuah Nasional yang dilancarkan Januari lalu.

"KPDNHEP menterjemahkan hasrat dan inisiatif Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerangi rasuah di peringkat kementerian," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan menggerakkan program advokasi terhadap 3,000 kakitangannya.

"Program advokasi perlu diadakan supaya pelan OACP KPDNHEP difahami dan dihayati oleh kesemua kakitangan.

"Kita harap dalam menjalankan tugas, mereka dapat menterjemahkannya, tahu apa yang boleh dan tidak," katanya pada sidang media selepas melancarkan pelan OACP KPDNHEP di majlis perhimpunan bulanan kementerian itu, sini hari ini.

OACP KPDNHEP memberi fokus kepada empat bidang keutamaan iaitu penguatkuasaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perolehan awam dan tadbir urus terbaik dan berintegriti tinggi.

Keempat bidang itu adalah berasaskan isu dan cabaran dihadapi melalui aktiviti utama yang memberi impak kepada KPDNHEP sebagai kementerian bertanggungjawab melindungi hak pengguna dan peniaga.

Artikel Berkaitan: