Usahawan digesa rebut peluang di bawah dana RM10 juta

Fuziah
Fuziah
A
A
A

KUANTAN - Usahawan digesa merebut peluang di bawah peruntukkan RM10 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2020 baru-baru ini bagi mendapatkan pensijilan dan membangunkan produk halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Salleh berkata, ia bagi memaksimumkan peluang mereka ke arah persaingan dalam pasaran halal tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) itu akan membantu usahawan yang pernah gagal mendapatkan sijil Halal itu terutama untuk memenuhi kriteria mendapatkan sijil itu.

"Contohnya mereka yang berniaga makanan sejuk beku boleh belajar cara mendapatkan sijil berkenaan bagi memastikan kualiti dan standard penghasilan produk lebih tinggi dan diyakini," katanya selepas merasmikan Program Hari Kemahiran & Keusahawan dan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) di Serambi Teruntum di sini hari ini.

Fuziah memberitahu, sijil itu juga dapat membantu usahawan bersaing di pasaran global bukan sahaja dalam industri pembuatan tetapi bidang perkhidmatan serta penyediaan makanan

Beliau mengingatkan golongan wanita juga mampu mencapai kejayaan setaraf lelaki dalam banyak keadaan.

"Biarpun sekadar suri rumah anda juga boleh berjaya dan menjana pendapatan lumayan. Saya sedar tanggungjawab wanita di rumah amat besar namun tidak membataskan keupayaan wanita untuk berjaya," katanya.

Artikel Berkaitan: