Pukul isteri sebab tak naik Grab balik ke rumah

Seorang kontraktor (depan) direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes mencederakan isteri dan bapa mertua.
Seorang kontraktor (depan) direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes mencederakan isteri dan bapa mertua.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang kontraktor lelaki direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Isnin lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd Idris terhadap lelaki berusia 35 tahun dan turut mencederakan bapa mentuanya.

Dalam kejadian itu suspek didakwa memukul isteri dan bapa mentua menggunakan tangan selepas berang isteri yang juga sebayanya itu tidak Grab untuk pulang ke rumah sebaliknya dihantar oleh warga emas berkenaan di Ayer Keroh Heights di sini pada 31 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Sejurus insiden itu, mangsa dan bapa berusia 61 tahun membuat laporan di Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan suspek ditahan selepas menyerah diri di IPK.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar ketika dihubungi mengesahkan permohonan perintah tahanan reman itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta 18(a) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Artikel Berkaitan: