Pemandu mabuk langgar treler selamat

Keadaan kereta mangsa yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan selepas melanggar sebuah treler di NBCT pagi tadi.
Keadaan kereta mangsa yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan selepas melanggar sebuah treler di NBCT pagi tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pengurus acara ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di lorong kontena 8, Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7 pagi.

Menurutnya, lelaki berusia 41 tahun yang memandu kereta BMW E36 itu disyaki memandu dalam keadaan mabuk telah memasuki kawasan lorong kontena tersebut lalu terbabas dan melanggar sebuah treler.

"Akibat kejadian itu, kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala treler tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan. Mangsa juga tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu namun lesen kenderaan bermotor (LKM) sah tempoh. Ujian saringan awal air kencing mangsa mendapati dia positif dadah selain berada dalam pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1987 kerana memasukkan dadah ke dalam badan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.