Kilang kertas di Bestari Jaya terbakar

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman sebuah kilang kertas dalam kejadian kebakaran di Jalan Tungsten Batu 22, Ijok di sini.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman sebuah kilang kertas dalam kejadian kebakaran di Jalan Tungsten Batu 22, Ijok di sini.
A
A
A

BESTARI JAYA - Sebuah kilang kertas di sini musnah dalam kebakaran di Jalan Tungsten Batu 22, Ijok di sini tengah malam semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azril Izaidi Ahamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12. 46 tengah malam.

Menurutnya, seramai 40 pegawai pelbagai pangkat dan lima jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, bomba melakukan operasi pemadaman kawasan kilang terbabit dan api berjaya dikawal pada jam 1.27 pagi.

"Bagaimanapun sehingga kini pasukan kita masih menjalankan operasi 'overhaul' di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: