Lelaki nekad terjun dari tingkat 5

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bertindak nekad apabila terjun dari tingkat lima sebuah plaza di Jalan Peel ibu negara pagi tadi. - Foto JBPM KL
Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bertindak nekad apabila terjun dari tingkat lima sebuah plaza di Jalan Peel ibu negara pagi tadi. - Foto JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bertindak di luar kawalan apabila nekad terjun dari tingkat lima sebuah plaza di Jalan Peel di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melaporkan kejadian itu pada jam 8.42 pagi.

“Seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 8.51 pagi, pihak bomba mendapati terdapat seorang lelaki telah terjun dari tingkat lima bangunan plaza tersebut,” katanya.

Memetik laporan Astro Awani, lelaki itu bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan.

Punca sebenar lelaki itu bertindak demikian tidak diketahui namun dipercayai ingin membunuh diri.

Kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: