Nasharudin berdepan 30 pertuduhan pecah amanah

499566
499566
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa didakwa atas 33 pertuduhan kes pengubahan wang haram dan pecah amanah sejak 2015 hingga tahun ini berjumlah RM4 juta.

Tertuduh yang hadir di Mahkamah Seysen Shah Alam di sini hari ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut tiga pertuduhan, Nasharuddin didakwa bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 antara November 2018 hingga Disember 2018 dengan jumlah wang bernilai RM302,069.60.

Bagi pertuduhan di bawah AMLATFPUAA hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan daripada aktiviti haram atau denda RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Nasharudin juga berdepan 30 pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan antara 2015 hingga 2018 berjumlah RM3,721,683,80.

Bagi pertuduhan itu, hukuman maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut 27 pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, tertuduh yang juga Pengerusi Yayasan Nassar didakwa dengan curang melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta syarikat itu dengan membuat pembayaran kepada beberapa individu dan individu pada 8 Januari hingga 9 September 2015 berjumlah RM1.12 juta.

Tiga lagi pertuduhan di bawah akta yang sama, Nashrudin yang juga Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) didakwa melakukan pecah amanah jenayah secara curang memberi kepada syarikat Wasatiyah Centre For Peace Geran Penyelidikan berjumlah RM2.6 juta.

Artikel Berkaitan:

Hakim Rozilah membenarkan jaminan sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Rozilah juga menetapkan 28 November ini untuk serahan dokumen.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu RM90 juta: Nasharudin Mat Isa ditahan SPRM