Mayat berikat dalam tasik: Polis siasat sebagai kes bunuh

Laporan Sinar Online sebelum ini.
Gambar kanan: Mohd Noor
Laporan Sinar Online sebelum ini. Gambar kanan: Mohd Noor
A
A
A

KUANTAN - Kes kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung di Tasik Paya Bungor, Kilometer 50, Jalan Kuantan-Maran di sini, Sabtu lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdasarkan kepada penemuan mayat dalam keadaan kedua belah kaki dan tangan terikat.

Menurutnya, penemuan tersebut menguatkan bahawa wujud unsur jenayah dan pihaknya kini sedang mengenal pasti punca kejadian serta mengesan individu terlibat.

“Polis berjaya mengenal pasti identiti mangsa sebagai A Raju, 39, beralamat di Kampung Seri Jaya, Maran berdasarkan pengecaman ahli keluarga.

“Mangsa yang berstatus duda bekerja sebagai mekanik sambilan,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam keadaan kaki dan tangan terikat di tepi Tasik Paya Bungor.

Mayat mangsa dipercayai berketurunan India berusia dalam lingkungan lewat 30-an itu ditemui lengkap berpakaian baju T merah dan seluar jeans hitam oleh orang sebelum dimaklumkan kepada pihak polis jam 9.55 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki ditemukan terapung dipercayai mangsa bunuh

Artikel Berkaitan: