Siapa berbaju biru kejar bot buruk?

Siapa kejar bot ini?
Siapa kejar bot ini?
A
A
A

PENING, muntah dan tidur. Bayangkan situasi ini dialami selama dua hari oleh seseorang individu yang sedang belayar di atas kapal.

Pastinya hasrat melihat keindahan kawasan perairan negara menjadi sia-sia akibat penangan mabuk laut.

Itulah keadaan dirasai Wartawan Sinar Siasat yang berpeluang mengikuti operasi sebuah agensi penguat kuasaan di perairan Selangor, baru -baru ini. Melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana mereka bekerja.

Hari-hari, periksa geledah, periksa geledah selama 24 jam! Apa dan siapa mereka geledah?

Ketika mula melangkah atas kapal itu, betapa hati berbunga-bunga dengan harapan konon mudahnya tugasan kami bersama geng hero samudera tersebut.

Bagaimanapun selepas sejam pelayaran, episod menyiksakan pun bermula. Perut tiba-tiba bergoncang, rasa mual yang perit, kepala mula berpusing dan Wartawan Sinar Siasat terbaring lesu. Akhirnya muntah!

Di saat kami muntah-muntah apa terlintas di fikiran ialah betapa geng hero laut ini tidak terkesan sedikit pun dek lambungan ombak Selat Melaka tidak kira siang mahu pun malam.

Bayangkan pada hari pertama, dalam keadaan pening lalat dan perit akibat muntah Wartawan Sinar Siasat terkejut mendengar bunyi siren lalu kelam kabut naik ke atas anjung kapal walaupun berjalan terhoyong-hayang.

Artikel Berkaitan:

Waktu inilah dapat melihat depan mata sebuah bot buruk memecut laju, mahu meloloskan bot mereka ke sempadan.

Siren yang 'memekakkan' telinga dan sosok hero laut yang lengkap berseragam biru tua nampaknya menakutkan mereka. Dapatkah bot buruk itu lolos ke sempadan? Siapa kelibat berbaju biru yang mereka takuti?

Ikuti laporan penuh pelayaran Wartawan Sinar Siasat selama lima hari itu dalam Sinar Harian, dan tonton video laporan penuh ini, esok.