Nak kail ikan tapi dapat buaya

Tular video di laman sosial Facebook memaparkan mengenai seekor buaya yang tersangkut pada pancing seorang pemuda di Kampung Olak Lempit di sini semalam. - Sumber Facebook
Tular video di laman sosial Facebook memaparkan mengenai seekor buaya yang tersangkut pada pancing seorang pemuda di Kampung Olak Lempit di sini semalam. - Sumber Facebook
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang pemuda terkejut apabila seekor anak buaya tersangkut pada pancing yang dipasangnya di tali air di Kampung Olak Lempit di sini semalam.

Video kejadian yang dimuat naik dalam satu lama Facebook memaparkan seorang pemuda yang dilihat agak cemas dengan situasi tersebut.

Rata-rata netizen meminta supaya pemuda tersebut membuang mata kail yang tersangkut pada mulut buaya tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Jacky Chun meminta pemuda tersebut membuang kail pada mulut buaya itu.

"Kalau tak buang mata kail itu...kau berdosa seksa haiwan..sampai tua mata kail dalam mulut dia terseksa," tulisnya.

Tidak kurang juga netizen meluahkan kebimbangan ekoran penemuan anak buaya itu.

Pengguna Facebook, Ezal Lagong melahirkan kebimbangannya ekoran penemuan haiwan pemangsa itu.

"Jika ada saiz ini...maksudnya ada lagi banyak kawan-kawan dia di situ," tulisnya.

Artikel Berkaitan: