‘Ada yang lebih penting daripada isu komik’

Komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' mendapat bantahan banyak pihak.
Komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' mendapat bantahan banyak pihak.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Isu komik yang menjadi perdebatan kebelakangan ini bukan keutamaan untuk dibincangkan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, kerajaan kini mempunyai misi lebih penting untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Malah, katanya, masih terlalu banyak isu berkaitan ekonomi negara yang perlu diperbetulkan kerajaan hari ini.

“Kita melihat DAP perlu fokus isu teras melibatkan pembangunan ekonomi negara dan tak boleh lari daripada perjuangan kita iaitu mengembalikan semula Malaysia di landasan yang betul lebih-lebih lagi selepas mengalami pelbagai krisis ekonomi dalam pentadbiran kerajaan yang lalu.“Pada saya, banyak lagi isu-isu penting yang perlu parti dalam PH bangkitkan.

"Jadi saya rasa, isu berkaitan komik dan sebagainya bukan isu utama yang perlu menjadi keutamaan untuk parti dan kerajaan PH hari ini,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Hab Belia di Hutan Bandar di sini semalam.

Sebelum ini, aktivis DAP yang juga penulis komik kontroversi, Hew Kuan Yau dilaporkan mengkritik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kerana mengharamkan karyanya itu di sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: KDN tunggu keputusan KPM sebelum putus pengharaman komik propaganda

Artikel Berkaitan:

No Image Caption