Bom tangan, peluru dalam stor pili bomba

Bom dan peluru yang ditemui di dalam stor pili bomba di Pangsapuri Sinar Bukit Dumbar, Pulau Pinang kelmarin.
Bom dan peluru yang ditemui di dalam stor pili bomba di Pangsapuri Sinar Bukit Dumbar, Pulau Pinang kelmarin.
A
A
A

GEORGETOWN - Kesemua 689 butir peluru dan dua bom tangan yang ditemui di dalam stor pili bomba di Pangsapuri Sinar Bukit Dumbar di sini malam kelmarin adalah untuk kegunaan kegiatan sindiket dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, penemuan bahan letupan itu hasil daripada siasatan yang dilakukan terhadap seorang tahanan yang kini ditempatkan di penjara reman.

Menurutnya, suspek berusia 54 tahun itu sebelum ini tinggal di pangsapuri berkenaan dan ditahan pada 1 Oktober tahun lalu.

Dia yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau kini sedang dibicarakan di mahkamah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah 1952.

Bom yang ditemui di dalam stor pili bomba di Pangsapuri Sinar Bukit Dumbar, Pulau Pinang kelmarin.
Bom yang ditemui di dalam stor pili bomba di Pangsapuri Sinar Bukit Dumbar, Pulau Pinang kelmarin.

"Selepas mendapat maklumat daripada suspek, sepasukan polis dari UPB (Unit Pemusnah Bom) diarahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan menemukan dua butir bom tangan, 689 butir peluru pelbagai jenis dan tiga magazine yang disorokkan di dalam bilik pili bomba," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Che Zaimani berkata, dua butir bom tangan berkenaan diambil untuk siasatan lanjut sebelum ia dimusnahkan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, polis masih menyiasat dari mana suspek mendapat bahan letupan berkenaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.