Bila 'mat salleh' dikir barat

Seni dikir barat dinyanyikan di Belgium.
Seni dikir barat dinyanyikan di Belgium.
A
A
A

SENI dikir barat diangkat di mata global apabila persembahan tradisional itu dinyanyikan di Belgium.

Kebudayaan asal dari negeri Kelantan itu memiliki seni yang cukup luar biasa apabila anak-anak 'mat salleh' boleh bertutur dalam loghat Kelantan atau 'kecek' Kelantan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di muat naik di Facebook Maafsebut berdurasi tiga minit meraih 448,000 tontonan.

Persembahan dikir barat itu dinyanyikan oleh kumpulan koir daripada luar negara bernama Vocal Ansemble Caloroso.

Lebih mengagumkan, persembahan dengan membawa lagu berjudul ‘Wau Bulan’, dinyanyikan menggunakan loghat Kelantan berserta dengan gerak tari dikir barat.

Rata-rata netizen bukan sahaja bangga, malah memuji persembahan tersebut sehingga yang menonton meremang bulu roma kerana cukup memukau.

Dalam hantaran di Facebook kata Kodir Mohd, "Hebat dikir kita, mat saleh pun boleh minat"

Tulis Murni Aida, nyanyian kumpulan koir itu ternyata memberi kelainan.

Artikel Berkaitan:

"Apabila mendengar kumpulan koir itu bertutur loghat Kelantan saya berasa hebat malah meremang bulu roma wehh.

"Bangganya aku," katanya.