Mutiara tertua di dunia di Abu Dhabi

Mutiara Abu Dhabi berusia 8,000 tahun ditemui ketika proses menggali di Pulau Marawah. - Foto Agensi
Mutiara Abu Dhabi berusia 8,000 tahun ditemui ketika proses menggali di Pulau Marawah. - Foto Agensi
A
A
A

ABU DHABI - Sebiji mutiara berusia 8,000 tahun yang dipercayai tertua di dunia akan dipamerkan di Abu Dhabi sekali gus menjadi bukti objek yang didagangkan sejak zaman Neolitik.

Mutiara semula jadi itu ditemui di lantai sebuah bilik yang ditemukan semasa proses menggali di Pulau Marawah di luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dianggap binaan arkitek terawal ni negara itu.

Menurut Pengerusi Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi, Mohamed Al-Muabarak, lapisan mutiara tersebut mengandungi karbon dari tahun 5600 hingga 5800 sebelum Masihi.

"Penemuan mutiara tertua di dunia di UAE ini menjelaskan bahawa sejarah ekonomi dan kebudayaan semasa mempunyai kaitan yang mendalam dengan pra sejarah," katanya.

Mutiara Abu Dhabi itu akan dipamerkan buat pertama kalinya dalam pameran 10,000 tahun kemewahan di Louvre Abu Dhabi bermula 30 Oktober ini.

Pakar sejarah UAE percaya mutiara itu didagangkan dengan Mesopotamia, Iraq Purba sebagai pertukaran dengan seramik dan barangan lain.

"Pedagang permata Venetian Gasparo Balbi yang mengembara ke rantau itu menyebut pulau di luar perairan Abu Dhabi sebagai sumber mutiara pada abad ke-16," katanya.

Industri mutiara pernah menguasai ekonomi UAE namun perdagangannya merosot pada tahun 1930-an dengan kedatangan mutiara Jepun selain konflik yang menjejaskan ekonomi global.

Artikel Berkaitan:

Negara Teluk kemudiannya beralih kepada industri minyak yang menguasai ekonomi mereka hingga hari ini. - AFP