Isu RM90 juta: Nasharudin Mat Isa ditahan SPRM

Nasharudin
Nasharudin
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa hari ini bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan telah menahan Nasharudin jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

“SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa esok pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Menurut kenyataan itu lagi, Nasharudin kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM. Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya diterbitkan portal berkenaan sebelum ini, mendakwa ada pemimpin tertinggi Pas mungkin menerima RM90 juta bagi mendorong parti itu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Isu terbabit timbul semula apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle

Brown berhubung artikel mengandungi tuduhan terbabit.

Kemudiannya pada 8 Februari lalu Nasharudin tampil menyerahkan beberapa dokumen dan penyata kewangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemimpin Pas menerima dana RM90 juta dikatakan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menyerahkan maklumat kewangan peribadi serta beberapa penyata bank lain yang diminta termasuk akaun kewangan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang beliau merupakan Pengerusi Eksekutif selepas memberi keterangan lebih empat jam di Ibu Pejabat SPRM.