Dua beranak dikerat lapan: Mayat ditemui sah milik dua beranak

Waris keluarga mangsa dilihat sedang berurusan dikaunter Jabatan Forensik di Hospital Melaka di sini hari ini.
Waris keluarga mangsa dilihat sedang berurusan dikaunter Jabatan Forensik di Hospital Melaka di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis mengesahkan bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong adalah milik seorang wanita dan anaknya yang dibunuh kejam minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, mangsa, Nurfazera Bidin, 27, dan anak lelakinya, Muhammad Iman Asraf Abdullah,11, dikenal pasti menerusi keputusan laporan rasmi sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Identiti kedua-dua mayat itu disahkan menerusi kesepadanan laporan DNA yang diambil daripada beberapa waris.

"Semalam kita telah menerima keputusan DNA dan mengesahkan bahawa si mati merupakan dua beranak yang dilaporkan dibunuh," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nor Yhazid berkata, keputusan ujian saringan air kencing terhadap suspek yang merupakan suami mangsa disahkan negatif dan pihaknya sedang melengkapkan siasatan sepenuhnya sebelum merujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri bagi proses pendakwaan.

Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan sekurang-kurangnya lapan bahagian anggota badan manusia dipercayai milik lebih seorang individu yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong.

Ekoran itu, polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang merupakan suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Sementara itu, tinjauan di jabatan forensik petang ini mendapati beberapa ahli keluarga mangsa sedang berurusan di kaunter bagi proses urusan menuntut jenazah selain beberapa kali dilihat masuk ke bilik forensik.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes kerat lapan: Kepala dua beranak atas siling