Penumpang kapal dihalau gara-gara swafoto

Wanita swafoto di depan kabin atas kapal persiaran tular di media sosial.
Wanita swafoto di depan kabin atas kapal persiaran tular di media sosial.
A
A
A

HAITI - Tindakan seorang wanita memanjat kabin untuk berswafoto akhirnya memakan diri apabila dia dihalau keluar dari sebuah kapal persiaran.

Insiden berlaku di kapal persiaran Royal Carribean, Allure of the Seans menghampiri Labadee, Haiti awal minggu lalu.

Laporan Foxnews, wanita itu juga disenaraihitamkan seumur hidup daripada syarikat tersebut.

Aksi wanita itu disedari oleh seorang penumpang, Peter Blosic sebelum memaklumkan kepada kru kapal.

"Saya lihat wanita itu panjat penghadang semasa saya berada di balkoni.

"Perkara berlaku sangat pantas, tak tahu apa tujuan wanita itu berada di situ dan bimbang apa-apa berlaku saya terus maklum kepada kru kapal," katanya turut memuat naik gambar wanita itu di media sosial dan tular.

Kata Blosic, wanita itu diarahkan keluar dari kapal tersebut semasa kapal berlabuh di Flamouth di Jamaica.

Menerusi laman web Royal Carribean, aksi tersebut amat berbahaya kerana penumpang dilarang sama sekali duduk, berdiri atau berbaring serta melepasi mana-mana penghadang atau luar penghadang demi keselamatan.

Artikel Berkaitan: