Mangsa ditimpa kipas siling dibenarkan pulang

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

KUALA PILAH - Pekerja restoran makanan segera yang cedera ditimpa kipas siling yang jatuh ketika membayar saman di kaunter pembayaran saman trafik di Dataran Nilai di sini semalam telah dibenarkan pulang ke rumah.

Mangsa berusia 39 tahun yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) menerima sembilan jahitan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pegawai kerajaan negeri bersama kontraktor bertanggungjawab sudah bertemu dengan mangsa ketika dirawat di HTJS.

Menurutnya, doktor yang merawat mangsa juga mengesahkan tiada keretakan di bahagian kepala selain tiada kecederaan serius.

"Mangsa dimasukkan ke wad lebih kurang empat jam bagi memastikan keadaannya benar-benar baik sebelum dibenarkan pulang malam semalam," katanya.

Aminuddin berkata, kontraktor bertanggungjawab juga telah menyumbangkan wang tunai sebanyak RM1,500 selain bertanggungjawab ke atas caj perubatan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Cedera ditimpa kipas ketika bayar saman

Artikel Berkaitan: