'Projek RM7.2 juta di Tanjung Piai jadi tanda tanya'

Syahir -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Syahir -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memberi penjelasan mengenai pengumuman projek-projek 'durian runtuh' berjumlah RM7.2 juta di Tanjung Piai, Johor oleh beberapa menteri sejak kebelakangan ini adalah daripada Belanjawan 2019 atau Belanjawan 2020.

Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman berkata, ini kerana menteri yang terbabit menekankan bahawa projek itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Kecik (PRK) Tanjung Piai yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurutnya, ketika ini, Menteri Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah 'turun padang' dengan mengumumkan peruntukan berjumlah RM230,000; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan peruntukan RM4 juta.

Katanya, selain itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub melibatkan peruntukan RM3 juta, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan pastinya beberapa menteri lain yang akan menyusul.

"Jika Belanjawan 2019, mengapa hanya diumumkan pada bulan Oktober, menjelang PRK Tanjung Piai pada 16 November.

"Sekiranya jika Belanjawan 2020, bukankah ia masih dalam perbahasan dan belum diluluskan di Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Syahir berkata, sekiranya pengumuman projek itu dibuat tanpa peruntukan dalam mana-mana belanjawan, projek berkenaan berkemungkinan akan menjadi 'janji tinggal janji'.

Artikel Berkaitan: