Kapal perang di Laut China Selatan wujudkan konflik

Dr Mahathir -Foto Bernama
Dr Mahathir -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata, kehadiran kapal perang di Laut China Selatan boleh menyebabkan kemalangan besar dan konflik yang tidak perlu di kawasan itu.

Beliau berkata, pada masa ini kapal masih bebas untuk berlayar di kawasan itu tanpa sebarang halangan tetapi memberi amaran bahawa kehadiran kapal perang mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar.

"Rayuan kami (Malaysia) kepada kuasa-kuasa besar adalah menjauhkan semua senjata perang (kapal perang) di kawasan ini. Mungkin membawa kepada kemalangan dan kerana anda semua tahu kemalangan mungkin membawa perang.

"Kita tahu apabila Archduke Franz Ferdinand terbunuh di Sarajevo, berjuta-juta orang kehilangan nyawa mereka selepas itu, kita tidak mahu apa-apa kemalangan sama sekali," katanya semasa sesi Soal Jawab Persidangan Praxis Institut Kajian

Strategik dan Antarabangsa (ISIS) 'Malaysia Beyond 2020' di Hilton Kuala Lumpur semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: