Bapa bersama bayi maut kemalangan

Keadaan motosikal ditunggangi mangsa dalam kejadian berkenaan.
Keadaan motosikal ditunggangi mangsa dalam kejadian berkenaan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Tiga maut termasuk seorang bayi perempuan berusia satu tahun dalam kemalangan di Jalan Tanjung Kupang di sini semalam.

Mangsa, seorang pekebun warga Bangladesh bersama anak perempuannya maut selepas motosikal ditunggangi dilanggar sebuah motosikal lain.

Penunggang motosikal lain yang juga lelaki berusia 26 tahun turut disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.32 malam itu, mangsa lelaki berusia 32 tahun bersama bayinya dipercayai dari arah Gelang Patah menghala ke Pendas.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dilanggar daripada sebelah kiri dari arah sama oleh seorang penunggang motosikal lain semasa melalui kawasan jalan yang berselekoh.

"Akibat kemalangan itu, mangsa dan anaknya tercampak di atas jalan mengakibatkan mereka mengalami kecederaan parah sebelum disahkan maut di lokasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: