Mr D.I.Y, UM teruskan kerjasama strategik

MoA antara DIY dan UM ditandatangani oleh Azlam dan Dr Rofina
MoA antara DIY dan UM ditandatangani oleh Azlam dan Dr Rofina
A
A
A

UNIVERSITI Malaya (UM) dan Mr D.I.Y Sdn. Bhd meneruskan kerjasama strategik untuk tempoh tiga tahun lagi menerusi memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangani bersama hari ini.

MoA tersebut merupakan kesinambungan daripada kerjasama melalui penganjuran pertandingan Rekacipfa 'DIY Make Simple' sejak 2017.

Ahli Lembaga Pengarah UM, Prof Dr Rofina Yasmin Othman berkata, penganjuran pertandingan tersebut merupakan antara program utama UM bersama dengan komuniti yang digerakkan di bawah Pusat Komuniti & Kelestarian UM (UMCares).

Menurutnya, penglibatan peserta dari kalangan pelajar sekolah seluruh negara juga diperluaskan setiap tahun.

"Kita harap pada tahun hadapan akan bawa ke peringkat kebangsaan dengan kerjasama pihak kementerian supaya menjadi impak lebih besar dalam membina satu pergerakan DIY itu sendiri.

"Ini supaya rakyat juga sedar keuntungan kemahiran menggunakan bahan buangan dan bahan terlebih yang boleh menjimatkan kos perbelanjaan," katanya pada Majlis Menandatangani MoA berkenaan di UM di sini hari ini.

Sekolah Menengah Sains Rembau dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan DIY Made Simple 2019.
Sekolah Menengah Sains Rembau dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Pertandingan DIY Made Simple 2019.

Pada majlis tersebut, Pengerusi MR. D.I.Y, Datuk Azlam Shah Alias menyerahkan replika cek berjumlah RM269,000 kepada UM sempena MoA yang tandatangani untuk tempoh 2020-2022.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Azlam berkata, penganjuran pertandingan dilaksanakan oleh UM itu merupakan platform terbaik untuk MR. D.I.Y mendekati masyarakat terutamanya pelajar selari dengan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Katanya, usaha itu juga dilihat mampu melahirkan pemimpin masa depan yang serba boleh dan mempunyai kemahiran DIY.

"Inilah juga masanya pelajar mengasah bakat praktikal DIY yang menggabungkan elemen sains, kejuruteraan serta perniagaan, belajar dari perancangan awal sehingga ke penghasilan produk akhir," katanya.

Terdahulu turut berlangsung penyampaian hadiah Pertandingan DIY Made Simple 2019 bertemakan 'Best of Waste'.

Tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Rembau diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah (kedua) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq (ketiga).