Kamarulzaman dilantik CEO KTMB baharu

Datuk Ir Kamarulzaman Zainal
Datuk Ir Kamarulzaman Zainal
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pelantikan Datuk Ir Kamarulzaman Zainal, 56, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu, berkuatkuasa hari ini.

Kamarulzaman menggantikan penyandang jawatan, Mohd Rani Hisham Samsudin yang menamatkan kontrak perkhidmatannya pada 15 September lalu setelah dua tahun memegang jawatan itu.

"Kamarulzaman memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Texas yang kemudiannya ditauliahkan sebagai jurutera Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1985.

"Beliau menjawat pelbagai jawatan sepanjang 21 tahun berkhidmat dalam TUDM serta terlibat dalam program pertukaran pegawai bersama Tentera Udara Diraja Australia," kata KTMB dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurutnya, selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraan, Kamarulzaman menyertai Malaysian-Industry Government Group for High-Technology (MIGHT) selama 13 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Naib Presiden Kanan.

"Berbekalkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengurusan aset strategik kerajaan, KTMB yakin Kamarulzaman mampu menggalas tanggungjawab sebagai peneraju utama syarikat itu.

"KTMB merakam setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Kamarulzaman ke syarikat peneraju perkhidmatan rel tanah air itu," kata KTMB menerusi kenyataan yang dikeluarkan itu.

Artikel Berkaitan: