Gelang tangan gagal dibuka

Anggota bomba membantu memotong gelang dipakai mangsa.
Anggota bomba membantu memotong gelang dipakai mangsa.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang wanita berusia 40 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung sakit akibat pergelangan tangannya patah, namun gelang tangan yang dipakai juga gagal dibuka di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini semalam.

Keadaan itu menyebabkan dia menerima bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bukit Angin di sini, untuk membuka gelang tangannya.

Ketuanya, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Hoshas kira-kira 1 pagi sebelum bergegas ke hospital.

“Kita difahamkan pergelangan tangan kanan wanita itu patah akibat kemalangan jalan raya sebelum dia dibawa ke hospital.

“Sebaik tiba di hospital gelang dipakainya gagal dibuka sebelum lapan anggota kita tiba bagi melakukan operasi memotong gelang perhiasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasnuddin berkata, operasi mengambil masa kira-kira 15 minit dengan menggunakan peralatan memotong besi.

Artikel Berkaitan: