Malaysia hampir bankrap kerana 1MDB: Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi soal jawab pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’ di sini hari ini.
 - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi soal jawab pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’ di sini hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir suatu keajaiban apabila Malaysia tidak menjadi sebuah negara yang muflis akibat kerosakan dilakukan oleh rejim kleptokratik terdahulu yang menjadikan tabung negara seperti milik peribadi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, menjadi salah satu cabaran terbesar membersihkan kerosakan ditinggalkan kerajaan terdahulu untuk membina semula negara ini kerana ia mengambil banyak usaha, masa dan wang.

"Apa yang kami dapati selepas kami mengambil alih (kerajaan) adalah jauh lebih buruk daripada apa yang kami percaya adalah kerosakan disebabkannya.

"Bahawa rejim sebelum ini telah menjadikan wang negara menjadi seperti milik peribadi, kerosakan itu bukan hanya kewangan tetapi institusi juga.

“Tidak dinafikan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) satu monstrosity, kita tidak akan dapat menilai sepenuhnya kerosakan yang disebabkannya kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Persidangan "The Institute Of Strategik And Internasional Studies" (ISIS) Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, melangkaui rasuah dan penipuan kewangan, seluruh jentera kerajaan kini telah disubversif dan dilemahkan.

Katanya, sebilangan besar hasil kerajaan sekarang perlu digunakan untuk membayar hutang seterusnya meninggalkan dana yang tidak mencukupi untuk operasi dan pembangunan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi memulihkan dan mengembangkan semula negara, jentera kerajaan mesti dipulihkan dengan cekap. Ini bermakna sifar rasuah, jika boleh," katanya.

Dr Mahathir berkata, usaha telah dibuat untuk mencapai matlamat tersebut dan mungkin telah mencapai kejayaan kerana pertumbuhan telah berjaya dikekalkan.

Secara luaran pula, katanya, cabaran yang dihadapi sebuah negara kecil seperti Malaysia pula adalah disebabkan sering dibuli oleh negara yang berkuasa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’ di sini hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’ di sini hari ini. - Foto Bernama