KIMONO MODEN NAWRE

KONSEP rekaan kimono jenama Nawre ideal digayakan golongan wanita dan jejaka termasuk kelompok berhijab.
KONSEP rekaan kimono jenama Nawre ideal digayakan golongan wanita dan jejaka termasuk kelompok berhijab.
A
A
A

MENYELUSURI sejarah kemunculan kimono, sesetengah pendapat mengatakan pakaian tersebut sebenarnya berasal dalam kalangan masyarakat di Wilayah Wu, China pada era Dinasti Han.

Bagaimanapun, busana potongan longgar dan labuh itu mula diterima rakyat di negara Jepun bermula pada zaman Heian (794–1192 Masihi).

Peredaran masa kemudian menyaksikan daripada satu konsep, busana itu kini hadir dalam 10 jenis kimono yang terdiri daripada pelbagai rekaan, warna, material dan fungsi tersendiri.

Jika sebelum ini, kimono diperbuat menggunakan fabrik sutera, tetapi kini sebaliknya. Helaian pakaian berkenaan dihasilkan daripada seleksi kain mengikut persekitaran, cuaca dan keselesaan setiap negara.

Di Malaysia, Pereka Fesyen dan Pengasas Nawre, Nik Erwan Nik Roseli antara jenama yang aktif mengetengahkan kimono moden sebagai item fesyen pilihan.

NIK ERWAN
NIK ERWAN

Bicara beliau, konsep rekaan kimono yang unik membuatkan busana itu ideal digayakan golongan wanita dan jejaka termasuk kelompok berhijab.

"Lebih istimewa, ia juga sesuai dipakai pada acara kasual, bersantai, menghadiri pertunjukan fesyen atau ke kuliah," jelas pereka berusia 35 tahun itu.

Artikel Berkaitan: