Perak Tengah pula dilanda banjir

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Perak Tengah menjadi daerah terkini di Perak yang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang semalam demikian menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Banjir yang melanda Kampung Misa Teluk Kepayang, Bota itu menyebabkan 41 orang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang yang dibuka jam 8 malam tadi.

Susulan daripada itu, jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 266 orang dengan 225 daripadanya adalah di daerah Hilir Perak yang kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan.

PPS Changkat Jong dibuka sejak Jumaat lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: