Rumah diubahsuai jadi rumah urut

Antara yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan malam semalam.
Antara yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan malam semalam.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Perkhidmatan urut sekumpulan wanita warga asing di sebuah rumah setinggan di Jalan Berapit, Kampung Besar Bukit Mertajam terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang malam semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam dan mendapati rumah itu diubahsuai dengan menyediakan bilik urut daripada papan lapis.

Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, ketika serbuan terdapat empat lelaki tempatan termasuk seorang penjaga di dalam rumah berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita warga Vietnam serta dua wanita warga Thailand yang berkhidmat sebagai tukang urut.

"Seorang lelaki tempatan berada di dalam bilik bersama tukang urut manakala seorang wanita warga asing cuba menyembunyikan diri di dalam almari pakaian.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga wanita warga asing berkenaan melanggar syarat pas mereka dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya ketika dihubungi.

Antara yang berjaya ditahan.
Antara yang berjaya ditahan.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Husni berkata, turut ditahan penjaga premis berkenaan kerana disyaki mengaji wargan asing tanpa pas yang sah dan akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, katanya keputusan siasatan akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana rumah kampung itu telah diubahsuai sebagai premis komersial dan tidak memiliki lesen.

Wanita warga asing cuba menyembunyikan diri di dalam almari pakaian.
Wanita warga asing cuba menyembunyikan diri di dalam almari pakaian.