Pemain Petaling BC dituntut fokus dua baki perlawanan

Beregu lelaki Petaling BC, Goh V Shem- Shia Chun Kang membenam gandingan Tebrau City BC, Ng Eng Cheong- Tan Wee Gieen dengan keputusan 3-0 (11-8 11-8 11-3) dalam aksi SSPL semalam.
Beregu lelaki Petaling BC, Goh V Shem- Shia Chun Kang membenam gandingan Tebrau City BC, Ng Eng Cheong- Tan Wee Gieen dengan keputusan 3-0 (11-8 11-8 11-3) dalam aksi SSPL semalam.
A
A
A

KETUA Jurulatih Kelab Badminton (BC) Petaling, Ismail Saman mengharapkan anak buahnya kekal fokus dalam dua lagi baki perlawanan peringkat pertama SS Purple League (SSPL) selepas mereka mengatasi Tebrau City BC 15-4 di Gem In Mall petang semalam.

Ismail Saman berkata, beliau gembira dengan kedudukan pasukan ketika ini namun mahu pemain tidak leka dan tidak memandang rendah keupayaan lawan kerana ia masih awal.

“Kita akan bertemu Serdang BC dan Puchong United BC dalam dua baki peringkat pertama.

Pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei turut membantu kemenangan Petaling BC dengan mengatasi Yeoh Seng Zoe 3-1 (11-6 11-10 7-11 11-2).
Pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei turut membantu kemenangan Petaling BC dengan mengatasi Yeoh Seng Zoe 3-1 (11-6 11-10 7-11 11-2).

"Walaupun kita di kedudukan selesa tapi kita tidak boleh hilang fokus dalam dua aksi tersebut. Saya juga akan memikirkan bagaimana cara untuk menyekat Puchong United BC nanti,” katanya selepas aksi.

Kemenangan ke atas Tebrau City semakin mencerahkan peluang Petaling BC untuk merebut salah satu daripada dua slot automatik ke pusingan akhir SS Purple League (SSPL) 2018/19.

Petaling BC kini memiliki 60 set kemenangan berada di puncak SSPL, diikuti Puchong United BC dengan 58 set kemenangan, dan Ampang Jaya BC dengan 55 set kemenangan selepas mereka mengharungi lima aksi setakat ini.

Dalam aksi petang semalam, acara perseorangan lelaki menyaksikan Chong Yee Han meletakkan Petaling BC di depan setelah dia menang tipis ke atas pemain Tebrau City BC, Ye Binghong 3-2 (11-8 9-11 5-11 11-7 9-4).

Artikel Berkaitan:

Petaling BC terus mencengkam kedudukan set mata menjadi 6-2 setelah mereka turut menguasai acara perseorangan wanita apabila pemain dari Indonesia, Gabriela Melaini Moningka menang ke atas pemain Tebrau City BC, Xu Wei dengan kiraan 3-0 (11-6 11-4 11-9).

Kegarangan Petaling BC semakin terserlah dalam acara beregu lelaki. Kali ini giliran Goh V Shem- Shia Chun Kang pula membenam gandingan Tebrau City BC, Ng Eng Cheong- Tan Wee Gieen dengan keputusan 3-0 (11-8 11-8 11-3) sekaligus mengubah kedudukan kepada 9-2 dalam perlawanan ini.

Tidak cukup dengan itu, Petaling BC terus meraih kemenangan dalam acara beregu campuran melalui pasangan Chen Tang Jie- Peck Yen Wei yang mengalahkan Low Hang Yee- Soong Fie Cho 3-1 (11-7 11-5 6-11 11-3). Keputusan itu membolehkan Petaling BC di depan 12-3.

Beregu lelaki Kepong BC dari Taiwan yang juga beregu ranking ke-26 dunia, Lu Ching Yao- Yang Po Han menghadiahkan mata kepada pasukan mereka dalam perlawanan menentang Bukit Mertajam All Stars BC semalam. Kepong BC menang 10-7 secara keseluruhan.
Beregu lelaki Kepong BC dari Taiwan yang juga beregu ranking ke-26 dunia, Lu Ching Yao- Yang Po Han menghadiahkan mata kepada pasukan mereka dalam perlawanan menentang Bukit Mertajam All Stars BC semalam. Kepong BC menang 10-7 secara keseluruhan.

Kemenangan bergaya Petaling BC disempurnakan oleh perseorangan lelaki utama, Cheam June Wei yang mengatasi Yeoh Seng Zoe 3-1 (11-6 11-10 7-11 11-2) sekaligus membawa Petaling BC berada di persada SSPL.

Dalam satu lagi aksi Kepong BC turut merapati pasukan kelompok atasan setelah mereka berjaya menang 10-7 menumpaskan Bukit Mertajam All Stars BC seterusnya melonjakkan Kepong BC daripada tangga ke-5 liga ke tangga ke-4 dengan mengumpulkan 52 set kemenangan setakat ini.

Mengikut format SSPL, enam pasukan akan berentap dalam pusingan akhir SSPL yang akan berlangsung di Resorts World, Genting hujung bulan ini.

Enam pasukan tersebut adalah dua pasukan teratas SSPL peringkat pertama dan pasukan di kedudukan ke-3 hingga ke-8 pula bakal bersaing untuk merebut baki empat lagi slot di peringkat kedua SSPL nanti.